Alhamdulillah, Seorang Lagi Sahabat Safiey Illias mendapat hidayah Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan

Semua orang akan berubah bila tiba hidayah kepadanya, tanpa mengira tahap ilmu agama yang dia miliki. Oleh itu kita sebagai manusia tidak boleh menghukum seseorang dengan mudah sekali dan menentukan dosa pahala orang lain.

JIka tujuan kita baik atas niat demi kebaikan seseorang, tegurlah dengan baik tanpa menyakiti hati mereka. Kisah tantang Amy ini mungkin memberi pengajaran buat kita semua.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Benarlah hidayah itu milik Allah. Hari ini hari paling bersejarah buat sahabat transgender kita ‘Amy’ yang sedang dalam perjalanan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Berapa banyak dosa yang kita telah lakukan tidak penting berbanding apa usaha kita untuk mendekatkan semula diri kita kepada Allah yang Maha Besar. Wahai sahabat-sahabat LGBT di seluruh dunia, kembalilah ke jalan yang diredhai Allah. Jangan fikir apa manusia kata tapi fikir apa Allah hendak dari kita. Pintu taubat sentiasa terbuka wahai sahabat. Jangan berlengah sehingga terlewat. Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita semua. Semoga Allah menerima umrah Amy. Amin.

17 Gambar Terbaik Sekitar Majlis Sambutan Harijadi Mira Filzah Yang Ke 23

Mira Filzah yang terkenal dengan drama Cinta Si Weeding Planner telah mengadakan majlis sambutan hari kelahirannya yang ke 23 di Concorde Hotel Shah Alam.

Majlis disambut meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan terdekat Mira Filzah.

Jom kita tengok gambar-gambar terbaik di sekitar majlis tersebut:











Mira Filzah Perjelaskan Kenapa Dia Tidak Mahu Bersentuhan Dalam Lakonan

Pelakon yang mula menempah nama, Mira Filza menegaskan tidak akan bersentuhan dengan lelaki semasa didalam set penggambaran. Walaupun sukar untuk adengan-adengan tertentu semasa berlakon, setakat ini pihak produksi masih hormat prinsi Mira. Bagi Mira dengan mempelbagaikan teknik kamera sesuatu adengan itu dapat dijayakan.

Mira Filzah amat mementingkan batas bergaulan berbanding kritikan orang tentang dirinya tidak pandai berlakon. Walaupun tidak mahu bersentuhan, ini tidak bermakna Mira tidak peduli kualiti lakonan, penghayatan sesuatu watak itu jauh lebih penting untuk menjayakan sesuatu lakonan.

“Apa-apa pun, ia juga tetap bergantung kepada komitmen kita apabila berlakon. Bagaimana nak hayati watak agar sampai ke jiwa penonton”

“Itu yang paling penting agar lakonan saya nampak natural, bersahaja dan diterima oleh semua pihak”

5 Tips Bagaimana Aaron Aziz Kekalkan Kebahagiaan Keluarganya

Semua pasangan suami isteri mahukan kebahagiaan. Untuk itu pasangan harus bijak menangani masalah yang di hadapi dan memahami sesama sendiri. Hari ini pelakon Aaron Aziz ingin berkongsi tips kebahagiaan rumahtangganya sepanjang 13 tahun mereka bersama:

1) Setiap saat bersamaa keluarga harus dihargai.

2) Pelajari komunikasi yang berkesan sesama sendiri.

3) Sentiasa ikhlas dalam memupuk perasaan sayanag terhadap pasangan.

4) No Gadget ketika menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga.

5) Matikan ego dan belajr untuk mengalah dalam apa jua situasi.

5 Gambar Ibu Emma Maembong Yang Lebih Cantik Dari Dirinya Sendiri

Emma Maembong, pelakon yang semakin meningkat kerana bakat yang besar mempunyai raut wajah yang cantik. Ramai yang tidak tahu bawah Emma mewarisi wajah ibunya yang cantik dengan kulit putih halus.

Untuk pengetahuan semua ibu Emma Maembong adalah kelahiran Scotland. Pusing 1Malaysia berkongsi 5 gambar-gambar cantik ibu Emma Maembong:





9 Gambar Sangat Romantik Anzalna Nasir Dan Hanif Zaki Setelah 33 Hari Berkahwin

Anzalna Nasir telah selamat di ijabkabulkan pada 21 Feb 2016 dengan pasangannya Hanif Zaki. Majlis nikah dibuat sendiri oleh bapa Anzalna, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Cerai Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Selepas 33 hari berkahwin ramai yang ingin melihat gambar-gambar terbaru pasangan ini. Pusing 1Malaysia telah membuat koleksi 9 gambar-gambar romantik dan menarik pasangan ini. Jom kita lihat:








Lelaki Ini Berkongsi Tips Mudah Untuk Turunkan Berat Badan 17kg Hanya Dalam Masa 21 Hari

Menurunkan berat badan sebanyak 17kg bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi ianya berjaya dilakukan hanya dalam masa 21 hari. Hari ini Pusing 1Malaysia ingin berkongsi tips mudah dari seorang ini yang berjaya melakukannya.

1. Kawal Pemakanan

Konsep pemakanan yang diikuti olehnya ialah tiada karbhidrat, tiada gula. Lemak yang sedia ada akan digunakan untuk dibakar menjadi tenaga.

Menu setiap harinya selama 14 hari adalah seperti berikut:

Sarapan Pagi: Telur 3 biji
Tenghari: Ayam goreng, grill, bakar 1/4 (beli boleh)
Malam (sebelum jam 7 ptg): Sup sayur, ayam atau daging.

Tiada seafood.

2. Minum air kosong yang banyak

Tiada air manis. Minum air kosong sekurangnya 3 liter sehari.

3. Kuatkan semangat

Kekal 14 hari dengan pemakanan dan minum seperti diatas. Masuk hari kelima boleh makan karbohidrat tapi dalam kuantiti yang sikit, 1/4 dari kebiasaan.

What's Trending?