Hanez Suraya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.5kg pada 30hb Disember tahun lalu di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur secara normal.
Seperti wanita-wanita lain, masalah kegemukan adalah merupakan masalah utama selepas bersalin dan untuk mengembalikan tubuh badan yang slim bukan sesuatu yang mudah.
Bagaimanapun gambar terbaru Hanez Suraya ini betul-betul membuka mata kita kerana dengan hanya hampir 2 bulan setengah, dia mampu kembali ke bentuk badan yang asal. Rahsianya kita kene tunggu temubual bersamanya.