Berikut merupakan beberapa tip berguna yang diberikan oleh TNB untuk kita amalkan dalam penjimatan tenaga elektrik:
1. Penapis penghawa dingin (aircond) hendaklah ditukar atau dibersihkan dengan kerap untuk memastikan potensi penyejuk unit tersebut di maksimakan. Penapis yang kotor akan menyebabkan edaran udaran di dalam penghawa dingin tersebut di halang dan merendahkan kecekapan penyejukan.
2. Gunakan mode auto turn off di penghawa dingin pada waktu malam. Selalunya suhu bilik akan menjadi selesa selepas beberapa jam penghawa dingin (aircond) di pasang. Bantu dengan penggunaan kipas untuk mengekalkan suhu bilik yang selesa.
3. Gantikan penghawa dingin yang sudah berusia lebih 10 tahun kerana sudah tentu kecekapan penyejukannya sudah rendah setelah sekian lama digunakan.
4. Pilih saiz penghawa dingin yang bersesuaian kerana saiz yang besar akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang lebih tinggi.