Filled Under:

Mira Filzah Perjelaskan Kenapa Dia Tidak Mahu Bersentuhan Dalam Lakonan

Pelakon yang mula menempah nama, Mira Filza menegaskan tidak akan bersentuhan dengan lelaki semasa didalam set penggambaran. Walaupun sukar untuk adengan-adengan tertentu semasa berlakon, setakat ini pihak produksi masih hormat prinsi Mira. Bagi Mira dengan mempelbagaikan teknik kamera sesuatu adengan itu dapat dijayakan.

Mira Filzah amat mementingkan batas bergaulan berbanding kritikan orang tentang dirinya tidak pandai berlakon. Walaupun tidak mahu bersentuhan, ini tidak bermakna Mira tidak peduli kualiti lakonan, penghayatan sesuatu watak itu jauh lebih penting untuk menjayakan sesuatu lakonan.

“Apa-apa pun, ia juga tetap bergantung kepada komitmen kita apabila berlakon. Bagaimana nak hayati watak agar sampai ke jiwa penonton”

“Itu yang paling penting agar lakonan saya nampak natural, bersahaja dan diterima oleh semua pihak”