Filled Under:

Linda Rafar Dedahkan Punca Sebenar Dia Bercerai Talak 3

Linda Rafar akhirnya mengakui berasa amat bingung dan tawar hati dengan suaminya Syed Aiman selepas mendakwa dia diceraikan semasa dirinya sedang hamil 3 bulan.

Sebelum mendapatkan pengesahan cerai dimakhamah, Linda sudah mendapatkan nasihat dari kakak dan ibunya walaupun ianya satu keputusan yang sukar.

“Apa yang saya dengar saya memang diceraikan, cuma saya rasa biar mahkamah yang putuskan kerana itu jalan yang terbaik,” katanya.

Tambah Linda lagi, dia juga bersedia untuk berdepan dengan apa juga kemungkinan yang bakal dihadapi.

Dalam pada itu, Linda juga meminta supaya suaminya bertanggungjawab dengan tindakan yang dibuat dan jangan menafikannya terutama dengan pihak media.

“Mengaku dan buang ego. Jangan buat seolah-olah saya yang reka cerita. Saya sedih dengan apa yang berlaku,” ujarnya.