Tips
Menurunkan berat badan sebanyak 17kg bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi ianya berjaya dilakukan hanya dalam masa 21 hari. Hari ini Pusing 1Malaysia ingin berkongsi tips mudah dari seorang ini yang berjaya melakukannya.
1. Kawal Pemakanan
Konsep pemakanan yang diikuti olehnya ialah tiada karbhidrat, tiada gula. Lemak yang sedia ada akan digunakan untuk dibakar menjadi tenaga.
Menu setiap harinya selama 14 hari adalah seperti berikut:
Sarapan Pagi: Telur 3 biji
Tenghari: Ayam goreng, grill, bakar 1/4 (beli boleh)
Malam (sebelum jam 7 ptg): Sup sayur, ayam atau daging.
Tiada seafood.
2. Minum air kosong yang banyak
Tiada air manis. Minum air kosong sekurangnya 3 liter sehari.
3. Kuatkan semangat
Kekal 14 hari dengan pemakanan dan minum seperti diatas. Masuk hari kelima boleh makan karbohidrat tapi dalam kuantiti yang sikit, 1/4 dari kebiasaan.
Tips
Pusing 1Malaysia ingin berkongsi satu tip dari ika yang sangat berkesan untuk menhilangkan perut yang buncit dengan secepat seminggu dan pada masa yang sama mengurang selera makan yang membuak-buak.
Tip ini amat mudah sekali dan melibatkan bahan-bahan yang senang untuk didapati di pasaraya berdekatan anda.
Bahan-bahannya:
1. Lemon(setengah)
2. Kurma(2 biji)
3. Secawan air suam-150mls
3. Bawang putih(4 ulas)
Cara-caranya:
1. Buang kulit bawang putih.
2. Blend semua bahan-bahan. Paling baik blend sekali dengan kulit lemon tu.
2. Tapis.
4. Minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Kurma dapat membantu mengurang rasa pahit selain khasiatnya yang tersendiri, Bawang putih pula boleh mengaktifkan penghasilan leptin iaitu horman yang mengurangkan selera makan, lemon boleh membakar lemak degil dan pada masa yang sama membuang toxin di dalam badan.
Selamat mencuba!!!
Tips
Dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini, TNB memberi nasihat kepada semua orang agar menggunakan penghawa dingin (aircond) dengan bijak dan berkhemah bagi menjamin penggunaan elektrik yang lebih efisyen.
Berikut merupakan beberapa tip berguna yang diberikan oleh TNB untuk kita amalkan dalam penjimatan tenaga elektrik:
1. Penapis penghawa dingin (aircond) hendaklah ditukar atau dibersihkan dengan kerap untuk memastikan potensi penyejuk unit tersebut di maksimakan. Penapis yang kotor akan menyebabkan edaran udaran di dalam penghawa dingin tersebut di halang dan merendahkan kecekapan penyejukan.
2. Gunakan mode auto turn off di penghawa dingin pada waktu malam. Selalunya suhu bilik akan menjadi selesa selepas beberapa jam penghawa dingin (aircond) di pasang. Bantu dengan penggunaan kipas untuk mengekalkan suhu bilik yang selesa.
3. Gantikan penghawa dingin yang sudah berusia lebih 10 tahun kerana sudah tentu kecekapan penyejukannya sudah rendah setelah sekian lama digunakan.
4. Pilih saiz penghawa dingin yang bersesuaian kerana saiz yang besar akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang lebih tinggi.